Wednesday, January 21, 2009

MENCARI KAWAN LAMA IZNAN SHAHMI, IRWAN, RANO, ZAMZULREMY, SHAHRUL DAN SALIZA SALLEH

Nama-nama seperti IZNAN SHAHMI, RANO, SHAHRUL, ZAMZULREMY, IRWAN, DAN SALIZA adalah teman-teman lamaku semenjak dari sekolah rendah kebangsaan Perantau Damai dari tahun 1984 sehingga 1989.



Mereka ini aku kenal dan sedari kehadiran mereka dalam hidup aku sejak aku mula bersekolah darjah satu sehinggalah darjah enam. Kemudian kami berpisah melanjutkan pelajaran diperingkat menengah di mana aku melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam.



Dan mereka semua yang aku sebutkan di atas tidak aku ketahui...


Jika mereka pernah terbaca blog ini, pls call me 0197775910..... semoga kita dapat berjumpa lagi dan bercerita panjang tentang hidup masing-masing......

AIR MATA LELAKI


Untuk membuka tirai 2009 ini, aku mulakan dengan cerita tentang kesedihan seorang lelaki dan air mata yang mengalir sebagai tanda runtun jiwa yang jarang umum ketahui... Aku, sebagai kerjaya yang selalu berhadapan dengan emotional people, hampir kerap terperangkap dengan kesedihan yang tidak dapat ditunjukkan...
Terutamanya bagi insan yang bergelar lelaki, yang digelar sebagai ego, gagah, hebat dan sebagainya, namun apabila berada di dalam kepayahan, kekecewaan, keterlukaan makanya tiadalah dapat ditahan melainkan menitislah air mata yang berharga itu.....
Sepanjang aku berkerjaya ini, tidaklah sedikit aku melihat lelaki menangis samaada tangisnya disembunyikan (khas untuk teman sebilikku, kononnya macam aku tak tahu la.....) tangis yang diluahkan dan tangis client-client aku apabila berhadapan dengan masalah rumahtangga mereka.
Bagi aku, tangisnya seorang lelaki amat istimewa sekali, begitu unik, hebat, dan yang pastinya menangis seorang lelaki dapat merasionalkan diri sendiri bahawa "lelaki" juga adalah insan biasa, hamba Allah dan yang paling penting masih punya perasaan halus yang tersembunyi.
Apabila aku berhadapan dengan suasana ini, seluruh jiwa aku juga turut meruntun duka, sedih dan kasihan dengan keadaan yang mereka alami. Di dalam hatiku turut berdoa dan berkata "Ya Allah, tuhan yang menciptakan perasaan gembira dan Tuhan yang menciptakan perasaan duka, berkatilah akan dirinya dan diriku, di dalam suka dan duka.... Amin"......
Aku amat sedar bahawa Nabi Muhammad juga pernah dalam keadaan berdukacita sehingga pernah ketika itu digelar tahun dukacita akibat kematian isterinya dan bapa saudaranya.... Namun itulah hakikat manusia.. suka dan duka akan silih berganti......
Bagi diri aku...... sedihku, tangisku di sini tak pernah siapa yang tahu.... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........