Thursday, November 13, 2008

MENGUMPAT HARRY 1000 TAHUN!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"TAK LAARRRAAAAT DAHHH"...... masih tergiang-giang di cuping telinga aku ni bila mana si Rahimi merengek manja dengan si Razali (baju oren).... sambil mengadu domba lepas makan kerang rebus dan bubur kacang. he he he he....
(jangan marah ek rahimi)....

Amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiii bila si Razali dengan si Rahimi ni berjumpa bukan main lagi kecoh mecoh..... korang tengok ajer lah lagak dua orang "diva" ni bila berjumpa masa kenduri kawin aku ari tuh... Yang pasti bila aku diberitahu dari sumber pangkalan risikan yang aku upah rupa-rupanyer si R&R ni tengah merancang untuk adakan talks show "MENGUMPAT HARRY 1000 TAHUN!!!!" pergh... dasyat betol diorang ni..... dengar kata penerbit rancangan setuju buat 7 episode dalam session 1, pastu session 2 nak buat pelancaran kat kat Tioman katenyerrrrrrrrrrr....
Macam biasalah beb.... bila kak ani jumpa siti depan public mesti nampak mesra.... mcam diorang gak ni........tapi sebenarnya diorang ni pun saling menjatuhkan antara satu sama lain....... maklumlah sorang artis majalah, sorang artis senja..... lagu free pun orang tak nak downloads..... maka I jugak yang kena umpat 1000 tahunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.....

KAK IZA & NAJAA, SEDANG BERMESRA....

seram aku tengok diorang ni bermesra........

Dalam entry ni tiba-tiba-tiba jerh aku mengiklankan staff aku..... entah kenapa timbul idea macam ni ntah bila terpandang ajer aksi spontan diorang tatkala mana aku meng'snap' camera digital aku pada diorang ni. Kak Iza atau nama penuh yang selalu aku nampak dalam afidavit iklan (yang kononnya dia sendiri yang buat.....) ialah HANIZA BINTI YATIM. Yang tengah pegang katalog tu lah orangnyer.... katanyer dah nak berhenti kerja, nak jadi ustazah la pulak....... alasan dia kater kalau kerja sekarang anak kat rumah terbiarlah..... kerja rumah terabai lah....... emmm entahlah......
Yang sorang lagi tu yang cuba memeluk Kak Iza itu namanyer Najaa.... Bestkan nama dia... dia ni pemalu yang manja tau... solo lagi.... he he he mana-mana blogers yang lawat aku punyer blog ni, nak ngendeng si Najaa ni bagilah komen ek... terus hubungi aku! manalah tau aku boleh jelmakan diri aku sebagai jambatan bagi menghubungkan perhubungan suci antara dua insan..... he he he jangan marah ek kak iza n naja ek.....

TUKUN KESAYANGAN


"eh ko tak pernah basuh ke moto ko ni"
-"Tak"
"Naper?"
-" ah biarlah"
"Ko tak sayang moto kau ni ke?"
-"sayang!"
"berapa lama ko tak basuh moto ko ni?"
-"bertahun..."
"?????"
Inilah antara dialog aku dengan Wan Mohamad Helmi, (yang aku panggil Wan) tatkala sampai waktu kehairanan kenapa moto kepunyaan dia ini sampai berkerak dan berkuping-kuping dengan serdak-serdak lumpur. Pertanyaan aku tak sedikit pun meninggalkan bekas dihatinya untuk cuba mempolishkan balik motonya itu sampai "mati cat" bak kata azam (kawan lowyer, kawan aku ngan wan jugak) sambil memandang takjub atas kesangguppan wan melayan moto kesayangannya itu.
Dialog di atas rasanya telah hampir dua tahun berlalu dan gambar ini aku snap curik-curik kat mahkamah.... pun masih dalam keadaan "Original" berlumpur dan berkeladak...
"Inilah satu-satunya harta yang paling bernilai pada aku Az, selain PS2 yang baru aku beli tu" kata Wan pada aku pada suatu saat hari yang sangat bening.....
Pening aku seketika bila tiba-tiba wan melontarkan Pernyataan Tuntutan yang mana aku tiada apa-apa Pernyataan Pembelaan untuk dia. Aku pun cuba menginterpritasikan kata-katanya itu dan aku dapat katakan di sini bahawa si wan ini cuba untuk:-
1. bagitau aku dia ada harta.
2.harta dia yang bernilai cuma moto dan ps2.
3.dalam dua-dua benda ini dia tak pernah ofer aku cuba bawak dan ajak aku main ps2 dia disebabkan sayangnya dia pada benda duniawi ini.
4.dia cuba bagi hint kat aku, "ko jangan cuba-cuba nak pinjam ok!!!!!!!"
Pepepun dalam entry ni aku cumer nak komersialkan moto dia jer mana tau ada pembida barang antik nak beli dengan harga tinggi, boleh ler wan buat muka beli keter.... he he he

HAIWAN-HAIWAN ZOO DAN AKU, TIKA BERSAMA









BERADA DI ZOO JOHOR PADA 8HB NOVEMBER 2008.

Tuesday, November 11, 2008

SEPETANG DI PERSISIR PANTAI LIDO













Pada 8hb November 2008, aku telah melihat satu pemandangan yang sangat indah ketika di Pantai Lido (gambar ini diambil dari jejantas di hadapan Hospital Tuanku Aminah Johor Bahru). Di dalam gambar ini kelihatan kepulauan Singapura di mana mentari tenggelam menuju ke bumi negara dilanggar todak itu....
Sungguh indah pemandangan ini dan sekilas ingatan aku pada kitab suci Al-quran menyatakan pada keseluruhan alam ini ada bukti dan tanda-tanda kekuasan Allah bagi mereka yang berfikir......
Jesteru bagi yang membaca entry ini, biasakanlah diri merenung setiap kejadian Allah dan menginsafinya mudahan kita semua tergolong di kalangan orang yang berfikir dan mendapat rahmat Allah yang tiada putus-putus..


Monday, November 10, 2008

DEDIKASI UNTUK SAHABATKU.... RIZALMAN OSMAN

Ini adalah sedikit usaha sebagai menghargai seorang yang bernama RIZALMAN OSMAN.... dengan doaku, semoga kehidupan engkau mendapat petunjuk dan Nur dari Ilahi... semoga suatu hari nanti kau dapat menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang penuh barakah dan ketenangan.... serta jadi KAYA GILER....... di dunia dan di akhirat...

Thursday, November 6, 2008

KAWAN LAMA YANG BERNAMA SHAHRIZAL


"Ini gambar aku dengan tunang aku"... ini lah MMS yang aku terima pada pukul 12.30 tengah malam tadi...... daripada kawan lama aku yang dah lama tak bersua muka... iaitu SHAHRIZAL..
FUYOOOO.... aku mula terkejut dengan gambar ni... dan hati aku tertanya-tanya kenapa Shah (nama yang aku selalu panggil) jadi "GEDEM" atau dalam kamus dewan termaktup kata-kata "gedempol".... seakan aku tak caya sebab dulunya shah ni cute, kecik, dan sejuk mata memandang.... dan sekarang aku nengok.... bukan lagi sejuk mata memandang... tapi membeku beb....
Alahai shah.... pe pe pun aku doakan ko tercapailah hajat dan maksud nak kahwin bulan satu tahun depan..... semoga jodoh kekal sampai dibawa ke syurga.... (kalau tak masuk neraka lah...... he he he sori aku melezer).....
Pasal cerita engko putus cinta dengan kekasih lama dulu aku hanya boleh nyatakan simpati sahaja dan bersabarlah shah..... Moga Allah beri engkau pengganti yang lebih baik dan membawa berkat pada keseluruhan kehidupan engkau kelak....

KAWAN LAMA, SI LIYAS.....







Semalam, lebih kurang pukul 10.30 aku mendapat no tel kawan lama aku yang dah lama aku tak jumpa. Nama dia Ilyas atau aku panggil liyas ajer....
Dia ni tinggal kat Kuala Rompin dan aku kira-kira hampir 10 tahun aku dah tak jumpa mamat ni. Semalam bila aku dapat no tel dia, terus aku hantar sms...
"Salam Ilyas, aku harry, Ingat lagi tak?"

Pastu teruslah si liyas ni tel aku dan apalagi kami pun berborak sakan.. antara topik yang menjadi isu ialah pasal kawan-kawan lama la......
Pasal kawan-kawan lama dia banyak nama yang dia sebut tapi aku tak kenal..... bukan la aku sombong ke apa tidak..... tapi tahulah aku mula bersekolah dengan liyas ni dari tahun 1994 dan 1995 ajer..... tingkatan 4 dan 5 jer.....pastu aku plak memang dok kat hostel jadi budak-budak asal kat Kuala Rompin tu memang la sangat susah aku nak kenal..... kalau dia sebut budak-budak bekas dari Sekolah Agama Bukit Ibam, mungkin la aku dapat hidu.. walaupun bau-bau taik cicak....

Lagi pun aku kan bertaraf "DIVA" dulu..... dan motto kehidupan aku dulu ialah "Aku boleh berkawan dengan semua orang, tapi bukan semua orang boleh berkawan dengan aku".... so.... faham-faham je lah bila ramai yang kenal aku masa sekolah dulu tapi aku tak kenal diorang... kah kah kah.... kiranya kalau diorang dapat dengan kawan dengan aku kira antara yang paling bertuahlah dalam hidup diorang.... (pergh.... berlagak betul siot....)

Berbalik pada cerita liyas ni.... jadi rupanya dia kerja kat KLIA katenyer..... dah lama..... aku jer tak tau..... dan paling mengejutkan katanya dia kata dia dah kahwin.... TERKEZUTZ AKU... pastu dia kata plak dah bercerai.... pastu kata dia ada anak 2 orang, twin couple laki pompuan dan sekarang berumur 9 tahun.....BIAR BETIKKKKKKK

tapi.... entahlah.... bagi aku kehidupan di duniakan penuh dengan warna warni dan suka duka... dan mungkin inilah jalan kehidupan yang dilaluinya dan orang lain pasti lain pula coraknya... so aku harap engkau liyas dapatlah menjalani kehidupan yang sempurna dan bahagia selalu......