Thursday, September 25, 2008

Geng-geng pegawai Syariah masa kursus Lanjutan Faraid Asas di Cemeron Hinghland. Kat sini lah aku bermuhasabah diri dengan mendekatkan diri dengan alam sekeliling... cewaaaah.


LAST BUJANG @ JB

Pada mulanya aku ingin mengurangkan aktiviti luar pada bulan ramadhan ni, maklumlah cadangnya nk fokus pada ibadat he he he he..... (boleh ke?).... tapi itulah di bulan yang mulia ini tatkala segala mak bapak setan tak ade, tapi nafsu pulak dan perasaan malas pulak yang memainkan peranan yang sangat penting..... so minggu-minggu terakhir Ramadhan aku dah kurang pergi masjid buat tarawikh.....

Apa yang aku ingat setiap malam aku keluar malam lepak-lepak dengan member yang masih ada saki baki lagi kat JB ni... sampai adalah 2 hari aku tak tido langsung. Malam melepak dan siang waktu kerja... pergh kerja gila beb....

Masa melepak tu aku berbincang pasal kerja lah, luahkan perasaan yang terbuku lah, bincang pasal vision masa depan lah, shopping lah, pasal kawin lah, pasal duit lah, pasal awek masing-masing, pasal keluarga semua masuk... yang bestnyer sampai tak sedar dah pukul 4 pagi kat kedai mamak....

Kalau tengok dari segi luaran, memanglah orang tengok macam tak elok lepak-lepak keluar malam ni, tapi dari satu segi aku dapat perhatikan pada masa macam ni lah segala kekusutan, perasaan akan mendapat suasana tenang dan menyamankan.... boleh buat terapi tention jugak lah.....

Jadi sebelum lepak, meratalah aku pergi, kejab pergi MCd, pastu pergi Danga Bay, kedai Bundle, pastu lepak kedai mamak kena kopi ais.... pergh tak hengat!!!!

Nantilah kalau aku ada masa, nanti aku ceritakan aktiviti lain selain lepak....

KAHWIN....

Aku memulakan blog ini dengan satu peristiwa penting yang bersejarah dalam kehidupan aku sebagai hamba Allah, sebagai anak adam yang melalui fitrah hidup yang semula jadi. Kahwin! ya aku akan bernikah dengan jodoh yang telah ditentukan oleh Allah (mungkin, isnsyallah) pada 4hb Oktober 2008 ini, dan sehingga sebelum sampat tarikh keramat itu sesungguhnya aku sangat berdebar-debar untuk menghadapi alam baru.

Mungkin pada orang lain perasaan gembira yang berbuak-buak, namun perasaan aku sendiri bercampur aduk antara perasaan gembira, sedih, sebak, terharu, dan terbungkam.....

Alhamdulillah segala persiapan hampir selesai hanya menunggu hari bersejarah itu nanti sahaja. Sesungguhnya pada keluargalah aku mengucapkan ribuan terima kasih dengan segala pertolongan dan pengorbanan mereka yang tidak dapat dinilaikan dengan apa pun di dunia ini. Pertolongan mereka telah mencipta dari satu mimpi kepada satu kenyataan yang hampir pasti kini.

Kini aku hanya menanti detik demi detik untuk melalui dan menempuhi hari bersejarah itu.....