Thursday, June 11, 2009

DADIKASI KHAS UNTUK ISTERIKU



RINDU...RINDU....
DAKU SAAT INI
INGIN JUMPA BERTEGUR SAPA
TIADA...TIADA
RASA LEBIH INDAH
BILA ENGKAU TERSENYUM MANJA

BAWALAH DAKU PERGI
DARI GELISAH INI
BAWALAH DAKU PERGI
DARI SEPI HATI INI
BAWALAH DAKU PERGI
SETULUS HATI YANG SUCI
BAWALAH DAKU PERGI
BIAR MATI PUN KU JALANI

JAUH...JAUH...
TERASA DI HATI
BILA ENGKAU TIADA DI SINI
SYAHDU...SYAHDU...
UCAPANMU KASIH
GUGUP JUGA MENGUNGKAP KATA

BAWALAH DAKU PERGI
DARI GELISAH INI
BAWALAH DAKU PERGI
DARI SEPI HATI INI
BAWALAH DAKU PERGI
DARI GELISAH INI
BAWALAH DAKU PERGI
DARI SEPI HATI INI
BAWALAH DAKU PERGI
SETULUS HATI YANG SUCI
BAWALAH DAKU PERGI
BIAR MATI PUN KU JALANI




Tuesday, June 9, 2009

YA ALLAH, LINDUNGILAH KAMI.




Pada hari ini aku khilaf atas segala perbuatan aku. Sesungguhnya aku telah memberi peluang kepada musuh anak adam yang paling nyata membisikkan kejahatan. Malah aku bimbang akan terjadinya permusuhan sesama saudara.








Ya Allah ampunilah dosaku. Ya Allah lindungilah isteriku daripada segala helah dan tipu daya. Amin.





BERBAHAGIALAH KAU WAHAI YUNUS....


Esok, adalah hari terakhir saudaraku yang dikasihi berada di Johor Bahru. Beliau akan bersiap-siapkan diri untuk mengerjakan ibadah umrah dan ziarah di Kota Mekah dan Madinah.

Yunus,

Ketahuilah olehmu, saat bahagia dirimu sedang menanti di sana. Beruntunglah dirimu diseru menjadi tetamu Maha Pencipta. Berdoalah akan dirimu kepada tuhanmu Yang Maha Mengasihi dirimu. Mohonlah keampunan kepada Zat Yang Maha Suci. Titislah air matamu tanda kesyukuranmu, mengalirlah juga air mataku mendoakanmu mengiringi pemergianmu. Tinggalkanlah segala duniamu di sini, persiapkanlah bekalan akhiratmu di sana. Semoga Allah menerimamu sebagai hambaNya yang dikasihi.

Ingatlah saudaraku Yunus......

Dirimu sangat hampir dengan tuhanmu seolah-olah dirimu berada di tanganNya. Mohonlah olehmu apa sahaja kebaikan untuk dirimu, kedua ibubapa mu, saudara-saudaramu, guru-gurumu dan semua taulan seagamamu. Hingga akhir nanti dirimu kembali, pastilah aku yang paling menanti. Berbahagialah dirimu wahai hamba Allah yang terpilih....



UNTUK KAMU






Adakah ingat dengan kisah jagung manis? Maka itulah yang kita cari............








dariku yang menyayangimu......









DOA DARINYA DAN DARIKU



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hatiku dan hatinya telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hatiku dengan hatinya telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hatinya dan hatiku
Tunjukkanlah kepada hatinya dan hatiku ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hatinya dan hatiku
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hatiku dan hatinya
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati kami
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan dariku, suaminya
dan darinya, isteriku..

Amin..Amin ya rabbal A'alamin..






Monday, June 8, 2009

SAAT AKU TERLUPA




Aku termanggu mengingat segala kesalahan yang tidak berkesudahan
Seakan tak berhenti ku lakukan
Dosa – dosa yang terus mengalir tanpa hujung di tepian
Aku ingin menebus itu semua dengan takwa yang berkesungguhan



“Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan.” (QS. Asy-Syuuraa: 25)




Aku tak ingin terus terjerumus dalam jurang kenistaan
Yang terus menerus menenggelamkan hati tanpa batas perhentian
Aku sedar tak mudah menebus ini semua dengan sebuah tekad tanpa kesungguhan
Namun aku yakin terbukanya sebuah jalan ketakwaan bagi segalanya sebagai permulaan




“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki ( dirinya) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An-Nahl: 119)






Sunday, June 7, 2009

TIDAK SEINDAH WAJAH..


Apakah kau ingat disuatu ketika, dimana saat remang senja ketika sang raja pulang keperaduan, kita sama-sama mencoba menoreh mimpi untuk selalu menjadi matahari? Kau ingat bagaimana nakalnya kita menari diantara mendung hujan yang terusap oleh indahnya tebaran pelangi? Ketika itu kita membuatjanji, takkan gentar biarpun badai dan derasnya hujan akan basahi tanah ini.



Aku ingat, saat kita tertawa bersama dengan kerasnya disuatu ketika bulan Mei itu, kawan. Saat dimana kita terpaksa berpisah untuk menjalani takdir kita sendiri. Aku selalu ingat.. bahwa suatu saat nanti kita berjanji akan bersama-sama berkumpul disurau ini, sholat dhuha diwaktu pagi sambil bersenandung kecil memandang indahnya hari. Akhirnya juga kau telah lupa.



Dari sudut dunia, aku berdoa.. dimana disuatu ketika kita bisa bertemu dan bercerita.. betapa sepinya menjalani hari-hari tanpa kalian, teman. Sahabat yang selalu memberi semangat diantara keterbatasan dan ketidakmungkinan, yang memberi keyakinan indahnya hujung penantian diantara jalan yang penuh dengan rintangan. Hari ini betapa sepinya aku tanpa kalian.... Di saat air mata mengalir, sedarlah akan diriku bersendirian.....






MAAFKAN AKU..


MAAFKAN LAH AKU.....

Ruang terasa kosong tiba-tiba. Sekilas aku terpandang kalendar pada hari ini, terpaku pada nombor 24, lantas terlihat aku perkataan REJAB. Ya Allah...... 15 hari lagi akan menempuh bulan yang mulia, bulan yang suci untuk umat Islam.

Ketika inilah getar segala perasaan diriku. Sekilas aku mengimbau selama beberapa tahun kebelakangan ini. Dan apa yang aku sedari ialah aku banyak melakukan dosa....... Ya Allah, memang benar aku telah banyak melakukan dosa...




Tersentak diriku seketika. Apakah yang harus aku lakukan untuk memulakan semula perjalanan sebagai seorang hamba. Gementar seluruh tubuhku akan terkenangkan kematian. Apakah yang aku harus lakukan setelah sekian lama aku alpa padaNya. Bagaimana kiranya hari ini atau ketika dan saat ini adalah segalanya yang terakhir untuk diriku? Ya Allah....



Ya Allah..... Padamulah aku memohon perlindungan, kepada Mu aku memohon keampunan. Berilah kesempatan kepada aku menjernihkan keadaan daripada tindakan bodoh diriku yang mengotorkan. Berilah aku kekuatan untuk mensucikan hamparan indah sirratulrahim yang telah aku celakan. Berilah aku kesempatan untuk sujud kepadamu setelah sekian lama aku berjalan mendabik dada. Ya Allah, wahai tuhan.... maafkan aku...

RIZAL YANG MANA?


Rizal yang mana ni???? inilah dilema yang terpaksa aku hadapi sejak memulakan tugas yang dimanahkan di Negeri Johor ini. Oleh yang demikian secara tidak langsung aku dikenali sebagai Rizal BBG.... di mana gelaran ini begitu sinifikasi bila disandarkan kepada Jabatan tempat aku bertugas.

Kalau sewaktu bersekolah menengah dulu, kawan-kawan dan guru-guru sekolah dapat membezakan beberapa Rizal yang wujud iaitu ada di antaranya memanggil Azhar Anuar, Azhar Hassan, dan aku Azhar Rizal (yang sebenarnya namaku Azharizal).

Tapi bila aku ditingkatkan lima, geng-geng aku menciptakan namaku sebagai Harry dan sejak itulah nama Harry sebagai nama rasmi di kalangan teman-teman sekolah. Nama Harry jugalah digunakan sehingga aku di Kolej Islam, UKM dan bila berhadapan dengan orang ramai.

Tetapi apabila aku memulakan tugas pada tahun 2002, aku tidak lagi betah menggunakan nama harry, sebaliknya aku menggunakan nama Rizal, sebagaimana nama Rizal ini adalah nama rasmi yang digunakan oleh orang tua aku dan saudara mara. Walaubagaimanapun, aku merasakan adalah lebih mesra rasanya bila orang memanggil aku harry, atau erie, atau ari. Sampaikan mak mentua aku pun panggil aku harry. he he he he....

Akibat daripada itu telah timbul beberapa masalah yang jelas pada nama Rizal pada ketika ini kerana di Jabatan lain yang selalu aku berurusan ada juga nama Rizal, rakan sekerja pertingkat sektor swasta juga bernama Rizal dan lain-lain client, atau pelanggan yang bernama Rizal.

Pada hari ini 8.6.2009, tiba-tiba seorang perempuan menerpa dan menerjah aku yang sedang menikmati sepinggan nasi goreng dengan sambal udang petai. Bagai nak tersedak aku bila dia dengan selamba perkenalkan diri sebagai shuadah. "saya Shuadah yang En. Rizal nak jumpa tu di sini pada hari ini". Terbengong aku seketika dan otak aku mula ligat berfikir bila masa aku jumpa minah ni? Bila aku buat apppointment yang aku sendiri tak ingat? Yang aku betul-betul tunggu untuk appointment pada hari tu adalah dengan client orang Perak, bernama Mohd Azrul. Itu pun di tingakat 4 untuk baca wakalah.

"Ni saya bawa semua dokumen yang En. Rizal nak tu dan semua repot polis. Suami saya dah tinggalkan saya pada 3.2.2009 sehingga sekarang. Dia Tinggal di Greek Perak dan sampai sekarang saya tak tahu dia di mana sebenarnya"..

Perempuan ini mengomel lancar sambil tersenyum memandang ke arah aku. Hati aku masih sangsi melihat perempuan ini masih tersenyum pada aku, dan dia terus menyerigai sambil ternampak dua batang gigi palsunya yang di hadapan. "Rasanya aku tak ada jumpa perempuan bergigi palsu ni sebelum ni" hatiku berdetik lagi. "Tapi tak tahulah kalau-kalau aku pernah terbuat janji dengan dia di mana-mana" hatiku memujuk diri sendiri. Tambahan pula aku mahu menjaga nama baik nama aku sebagai kakitangan kerajaan, demi nama baik Jabatan aku (BBG) dan slogan baru yang dicanangkan iaitu "rakyat diutamakan" jadi, aku pun mulakan tugas rasmi untuk memberi penerangan dan penjelasan lanjut sambil mulut aku penuh dengan butir-butir nasi goreng itu.

"Puan boleh ke pejabat saya sekarang dan kita akan mengambil tindakan lanjut apabila kita di pejabat nanti" kata saya mengakhiri perbualan dan perempuan itu mengangguk sambil tersenyum lagi. Mata aku menyorot ke arah perempuan itu berlalu keluar dan masuk di dalam lif dan otak aku masih berfikir "Siapa perempuan itu sebenarnya?"

Tiba-Tiba seorang rakan sejawatan aku di sektor swasta datang menerpa ke arah aku sambil bertanyakan pasal perempuan itu. aku memberitahu dia adalah shuadah dan dia seorang guru sekolah. "woiiii itu client aku lah, aku ada appointment dengan dia kat sini"..... kata kawan aku ini yang juga bernama RIZAL.

Chess... puih..... aku mula sedar keadaan sebenar. Perempuan itu tersalah orang wokeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy..... buang masa ajer aku melayan perempuan itu dan Rizal kawan aku hanya tergelak besar...... BENCIIIIIIIIII LAHHHHHHHH.......














Wednesday, June 3, 2009

SIAPA GADIS COMEL INI?



Gambar ini dirakam semasa Monteva berada di Mid Valley Kuala Lumpur.



Adakah saudara-saudara kenal gadis comel ini? Inilah anak gadis sunti Lonveran Viscrogorf, yang telah menggemparkan badan perisikan dunia. Gadis ini dilahirkan di kepulauan kecil di Rusia di Novaya Zimlya di mana daerah kepulauan ini bersambung dengan dataran Frand-Josef.


Gadis ini diberi nama Monteva Kusrvuk Ameena Bolath oleh datuknya Benjamin Minna Ruhdiv Bolath. Ramai yang tidak tahu gadis comel ini mempunyai kebolehan luarbiasa mengesan sinar radiasi yang tersembunyi walaupun jauh tenggelam di dalam teras bumi. Monteva dilahirkan di Novaya Zimlya setelah datuknya yang berasal dari Arab Saudi berkahwin dengan gadis tempatan semasa pemerintan Tarturk. Ayahnya meninggal dunia pada tahun 2007 baru-baru ini.


Kebolehan Monteva ini disedari oleh Feeivz Alymez iaitu seorang ketua perisikan dalaman pihak Rusia apabila dengan secara tidak sengaja melihat Monteva tiba-tiba menutup mata dan telinga apabila melintasi kawasan pergunungan yang masih mempunyai saki baki periuk api semasa peperangan menggulingkan pemerintahan Mikhail Gorbachev oleh Gennady Yanayev menjelang keruntuhan Soviet Union yang didalangi oleh Boris Yeltsin.


Monteva menjadi sasaran intipan pihak perisikan dalam masa 2 hari terkejut mendapati rambut Monteva mendadak menjadi panjang apabila melintasi sempadan beramaran berhampiran dengan pusat pemusnahan periuk api di sempadan Shakalin berhampiran Jepun. Monteva diculik pada hari ketiga, rambut dan kukunya diambil untuk diujikaji. Hasil kajian yang dijalankan di wilayah rahsia di kawasan pergunungan Opil mendapati sistem imuniti Monteva berupaya menyerap molekul nuklear merubah menjadi folikel-folikel aktif pelbagai gen warna bulu/rambut bagi sampel penduduk kebanyakkan dunia. Anehnya, folikel ini bukan seperti kebiasaan tertanam di bawah lapisan dermis kulit manusia, tetapi pihak saintis perisik ini mendapati ianya tumbuh menjalar membentuk seperti jaringan berwap dipermukaan tulang Monteva.


Rambut Monteva mempunyai stuktur halus yang berbilang dengan warna yang pelbagai dalam setiap helaiannya. Perkara ini turut menjadi misteri apabila kajian seterusnya dijalankan mendapati rambut Monteva hampir-hampir menyamai 99 peratus struktur rambut mumia mesir tahun 250 sebelum masihi bahkan rambut atau bulu dipergelangan tangannya menyamai trikoma iaitu bulu halus yang terdapat pada sesetengah tumbuhan di Selatan Australia.


Walaubagaimanapun kuku Monteva didapati mengandungi fosforus rapuh dengan tahap alkali yang tinggi yang sama direkodkan di Muzeum Great Bill Harry di Britain terhadap fosil manusia purba di Selatan Kalimantan, Indonesia. Kuku bagi manusia biasa adalah terdiri daripada protein dan keratin dengan ketebalan 0.017 inci atau 0.43 milimeter. Walaubagaimanapun kuku Monteva dilapisi dengan lapisan protein pedaflour yang menyebabkan kuku Monteva berupaya mengeluarkan sedikit cahaya pada waktu malam. Perkara ini membingungkan para saintis upahan di mana unsur hidup yang menghasilkan protein pendaflour biasanya ditemui pada batu karang dan hidupan laut dalam khusus di bahagian laut dalam di Antartika. Walaubagaimanapun ketebalan kuku Monteva adalah sama dengan ketebalan kuku manusia normal.


Para saintis rahsia seluruh dunia yang diupah oleh gerakan rahsia perisikan Rusia juga mendapati stuktur tulang rangka Monteva tidak sama dengan sistem tulang oftologi antarabangsa di mana setiap sendi yang bersambung dengan tulang-tulang di dalam badan Monteva diselaputi rawan magnetik yang mempunyai medan-medan tarikan secara invisible atau dengan bahasa mudahnya tulang-tulang di dalam tubuh badan Monteva tidak bersendi. Hal ini menjadi jawapan kepada saintis-saintis yang diupah itu terhadap perubahan simetri wajah Monteva yang kadangkala kelihatan seperti bersegi pada cuasa panas dan simetri bujur pada suhu sejuk.


Pada Mac 2007, para risikan Rusia membuat perbahasan di Institut Kajian Paranormal Hidupan Alam (Institute of Inscrutable Cretures) secara tertutup dan mereka mengambil kata sepakat bahawa Monteva adalah "MANUSIA YANG BUKAN MANUSIA" iaitu "HUMAN UNKOWN BEING HUMAN". Secara drastiknya mereka memutuskan untuk menghapuskan Monteva kerana bimbang Monteva diramalkan sebagai punca kelahiran manusia haiwan yang mengancam kehidupan manusia lain di muka bumi.


Ironinya, pada 9hb Okt 2007, iaitu selepas hampir 6 bulan keputusan membunuh Monteva dibuat, sebuah pelancaran roket Rusia ke ISS dilancarkan ke Angkasa Lepas yang melibatkan angkasawan negara kita, Dr. Sheik Muzaffar di tapak pelancaran roket tertua di dunia di Baikonur Cosmodrome di Kazastan.


Apa yang tidak diketahui umum ialah, semasa pelancaran roket Soyuz yang diberi publisiti seluruh dunia itu, tapak pelantar roket telah tercemar dengan keretakkan serius pada lapisan ke lima di bawah bumi yang menyebabkan kebocoran gas metana. Walaupun jarak antara tapak pelancar Baikonur Cosmodrome di Kazastan itu dengan tempat tahanan Rahsia Monteva di pergunungan Opil sangat jauh, tetapi kesan hentakkan roket dan kebocoran gas metana dapat diserap di dalam bumi mengikut kesan-kesan laluan keretapi bawah tanah sepanjang 400KM peninggalan kerajaan Tartukh.


Kebocoran gas yang dirahsiakan itu adalah lebih teruk daripada apa yang dilaporkan. Sebenarnya gas-gas dan wap panas semasa pelancaran roket yang berkali-kali di kawasan itu menghasilkan sulfur dioksida (SO2), karbon monoksida (CO), karbon dioksida (CO2), hidrokarbon (HC), dan oksida-oksida nitrogen(NOx). Kebiasaannya gas-gas ini dianggap sebagai pencemaran ‘simbol status’, kerana beranggapan hanya negara-negara yang mempunyai teknologi tinggi dan canggih serta jumlah kereta yang banyak sahaja mengalaminya. Apa yang membimbangkan saintis di Rusia ialah gas-gas yang disebutkan di atas telah bertindak bermutasi secara aneh yang menyebabkan para saintis menemui gas-gas baru yang belum pernah direkodkan. Gas-gas ini diklasifikasikan sebagai Nokbonbeda (cexNOx). Saintis masih belum memahami seni-tranfomasi gas-gas berbentuk zarah ini.


Aliran gas misteri ini tidak begerak secara rawak sebagai lazimnya tetapi bergerak secara magnetik dan menghasilkan tindakbalas kimia apabila bertembung dengan galian-galian sulfur di dalam bumi. Gas ini berupaya menghakis dan 'mendebukan' tanah yang menyebabkan hampir keseluruhan tapak pelancaran roket Baikonur itu seperti lohong dan lompang 800 meter di bawah tanah. Sekarang tapak pelancaran roket Baikonur hanya disokong dengan pasak-pasak besi yang ditanam pada awal pembinaannya. Para saintis tidak dapat meramalkan berapa lama lagi ketahanan pelantar-pelantar roket yang menampung berat beban 8000 tan dan kekuatan momentum hentakkan 8KM sesaat yang setiap tiga bulan sekali roket dilancarkan. Tetapi perkara ini didiamkan oleh pihak Rusia bagi menjaga reputasi keupayaan misi angkasanya yang membanggakan berbanding Amerika Syarikat.


Keluasan yang direkodkan adalah sekitar 200KM yang dijadikan kawasan pelancaran tapak roket adalah sebenarnya lebih besar di mana tiga bulan sekali tapak pelancaran roket ini akan melancarkan setelit ataupun roket bersaiz dadroid. Kerajaan Kazaktan sendiri telah menemui rekahan-rekahan bumi bermula dari kawasan tapak pelancaran hinggalah ke sempadanan Austria, China, dan Kutub Utara. Bahkan satu terowong aneh dijumpai berhampiran Maxico juga dilaporkan di dalam Jurnal Eakeologi yang diterbitkan pada Disember 2008 yang mendakwa mungkin terjadi dari kesan tarikan dan hentaman pelancaran roket-roket ke angkasa. Tetapi fakta ini terpaksa dirahsiakan kerana menjaga kepentingan Rusia yang tidak mahu blok Amareka mengadakan bantahan di peringkat PBB sekaligus mengancam penutupan tapak pelancaran roket Rusia.


Oleh kerana gas misteri yang menyerap masuk ke dalam rekahan batu di dalam lapisan bumi yang berstruktur berbagai itu, menyebabkan loji nuklear Rusia di penempatan padang pasir Zonurk, mengalami keadaan luar biasa apabila bertindak dengan gas-gas yang bercampur di udara. Para saintis Rusia di dalam makmal rahsia tersebut mati secara mereput dalam masa 2 jam selepas pelancaran roket Soyuz ke udara.


Dengan kejadian ini, beberapa Professor perubatan di Universiti Of Seberia dengan kerjasama dengan pakar kimia dari Jabatan Kiama Chile, dan seorang dari rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran terhadap penilaian kesan sumber alam, dan beberapa orang lagi dari NASA, percaya bahawa penularan H1N1 adalah berpunca dari sebab ini. Daripada terowong inilah dipercayai gas cexNOx merebak keserata dunia yang kini disensasikan sebagai H1N1 yang kononya berasal dari Maxico.

Monteva sebagaimana yang dijelaskan pada awal tadi yang mempunyai kebolehan menyerap radiasi bagaimanapun kehilangan berat jisim tulang sahaja tanpa menjejaskan kesihatannya. Walaubagaimanapun Ingatan Monteva semakin hari semakin merosot akibat penyerapan radiasi yang berskala besar itu. Monteva dapat melepaskan diri dalam kebingungan telah berjalan seorang diri merentasi sempadan China sehingga tiba kepada perkampungan kecil China.


Oleh kerana Monteva adalah orang asing bagi masyarat pendalaman China itu, Monteva dijadikan sebagai buruh kanak-kanak yang diekspot oleh perdagangan haram penculikan kanak-kanak ke Bangkok. 2 bulan Monteva di Bangkok dipaksa berkerja sebagai buruh kanak-kanak di Kilang Textile Crap Meong Thai Corp. Monteva berkenalan dengan seorang budak lelaki Thailand yang berasal dari Pattani yang bernama Min Thap dan hasilnya Monteva boleh berbahasa melayu-Kelantan-Thai setelah 2 bulan bekawan dengan Min Thap. Apabila kerajaan TakShin Sinawat dapat menumpaskan sendiket penghambaaan buruh kanak-kanak ini pada tahun 2008, maka usaha untuk menjejak keluarga kanak-kanak terlibat dilakukan. Walaubagaimanapun, ingatan Monteva hanya tertumpu pada masa di Thailand. Monteva tidak mampu mengingat hal keadaannya di Rusia semasa di dalam tahanan ujikaji. Akhirnya keluarga Min Thap bersetuju untuk mengambil Monteva sebagai anak angkat. Pada Akhir tahun 2008, keluarga Min Thap mendapat suaka politik kerajaan Malaysia akibat dari rusuhan yang berlaku di Selatan Thai pada tahun 2008 dan mereka ditempatkan di tempat perlindungan di kawasan Lojing, Gua Musang, Kelantan sehingga kini. Monteva yang dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Malaysia tidak lagi menjadi seperti orang buruan. Walaupun Monteva dilihat sebagai keanehan seorang manusia, tetapi sikap rakyat malaysia yang kurang keinginan untuk tahu lebih mendalam, menyebabkan Monteva bebas seperti manusia biasa.

Daripada apa yang saya tahu, satu badan rahsia khas kawalan keanehan yang dipengerusikan oleh bekas ketua Gerakan Harimau Tentang telah ditubuhkan pada awal tahun ini dijalankan secara sangat rahsia mengawasi Monteva 24 jam. Ada sumber menyatakan gerakan ini berpusat di Nusajaya, Johor dengan pengendalian maklumat perisisikan termoden di Arab Saudi. Datuk Monteva, bekas rakyat Arab Saudi, selama ini telah berjaya menyakinkan kerajaan Arab Saudi bahawa cucunya adalah sangat istimewa dan kerana itulah Kerajaan Arab Saudi membelanjaan hampir 1.5 trilion setahun bagi mengawasi Monteva dengan kerjasama Kerajaan Malaysia.


Tetapi sebenarnya sebagaimana yang semua maklum, pergerakan mosad iaitu gerakan Israel telah mendapat maklumat ini dengan lebih pantas. Pihak Israel percaya Monteva adalah sumber yang sangat berharga bagi memulakan kajian perang biologi terhadap manusia seluruh dunia. Sebagaimana Monteva yang sangat luarbiasa imunnya terhadap Radiasi bebas, bagitulah objektif Israel mahukan semua rakyatnya mendapat keistimewaan imun yang sama bagi tujuan suci mereka dalam pemusnahan etnik bangsa manusia di dunia.


Oleh sebab itu, Malaysia sedang berhati-hati dengan kemasukan warga asing ke negara ini dan Pihak Imegresin Malaysia dapat mengesan 345 kemasukan warga asing dengan passport antarabangsa palsu setelah sedar sistem rekod berkomputer hilang bergitu sahaja dalam tempoh 2 bulan terakhir tahun ini. Bagi pihak tentera bahagian perisikan mengandaikan jumlah 345 warga negara asing berbilang bangsa itu adalah gerakan Mosad yang sekarang cuba menculik Monteva. Kebanyakkan mereka dikatakan sedang berusaha memasuki sektor pembinaan, perubatan, dan perkhidmatan dalam negara. Baru-baru ini bahagian unit kawalan lalu lintas udara di KLIA di menara 3a, secara tidak sengaja mendengar perbualan yang dipercayai anggota Mosad yang menyatakan mereka telah mencapai misi keenam sebelum mendapat lampu hijau untuk meneruskan misi kesembilan.


Pihak risikan tentera berjaya mengesan beberapa alat elekronik micro telah tertanam 25 meter disepanjang laluan kapalterbang di Platform 14 di mana pakar dalam negara sedang berusaha memahami maknisma alatan micro tersebut berfungsi. Walaubagaimanapun, setelah dua minggu kebelakangan ini saya tidak mendapat apa-apa maklumat berkenaan perkembangan dalam dan luar negara melainkan Monteva seperti gambarnya di atas telah menghadiri Majlis Kenduri kawin pada 23hb Mei 2009 di suatu tempat di Pahang.