Thursday, September 25, 2008

KAHWIN....

Aku memulakan blog ini dengan satu peristiwa penting yang bersejarah dalam kehidupan aku sebagai hamba Allah, sebagai anak adam yang melalui fitrah hidup yang semula jadi. Kahwin! ya aku akan bernikah dengan jodoh yang telah ditentukan oleh Allah (mungkin, isnsyallah) pada 4hb Oktober 2008 ini, dan sehingga sebelum sampat tarikh keramat itu sesungguhnya aku sangat berdebar-debar untuk menghadapi alam baru.

Mungkin pada orang lain perasaan gembira yang berbuak-buak, namun perasaan aku sendiri bercampur aduk antara perasaan gembira, sedih, sebak, terharu, dan terbungkam.....

Alhamdulillah segala persiapan hampir selesai hanya menunggu hari bersejarah itu nanti sahaja. Sesungguhnya pada keluargalah aku mengucapkan ribuan terima kasih dengan segala pertolongan dan pengorbanan mereka yang tidak dapat dinilaikan dengan apa pun di dunia ini. Pertolongan mereka telah mencipta dari satu mimpi kepada satu kenyataan yang hampir pasti kini.

Kini aku hanya menanti detik demi detik untuk melalui dan menempuhi hari bersejarah itu.....

No comments: