Tuesday, October 14, 2008

HARI PERSANDINGAN



Pada tanggal 4hb Oktober 2008, bersamaan dengan 4 Syawal 1429, aku disejarahkan sebagai suami orang apabila diijabkabulkan dengan wakil wali (wali hakim) dengan perempuan pilihan hati, Salwani Ibrahim. Maka dengan rasmilah bahawa aku menjadi suami orang kini dan "diriku sudah dimiliki".


Pada pagi jam kira-kira 11.30, setelah diijabkabul, aku terus menunaikan sujud syukur dan menunaikan solat sunat syukur 2 rakaat di rumah pengantin perempuan. Pada ketika inilah air mata aku mengalir deras kerana terharu dan bersyukur kerana aku sebagai hamba Allah yang berdosa ini diberi kesempatan untuk menjadi sebagai seorang muslim dan dapat menunaikan sunnah Rasullullah S.A.W.



1 comment:

Anonymous said...

akum...selamat pengantin baru waalaupun dah 2 bulan kawin..terjumpa blog ni..macam kenal.. bila lak korang bercinta..ahaks..aapapun tahniah lah.-balqis (x kip-ukm )