Thursday, November 6, 2008

KAWAN LAMA YANG BERNAMA SHAHRIZAL


"Ini gambar aku dengan tunang aku"... ini lah MMS yang aku terima pada pukul 12.30 tengah malam tadi...... daripada kawan lama aku yang dah lama tak bersua muka... iaitu SHAHRIZAL..
FUYOOOO.... aku mula terkejut dengan gambar ni... dan hati aku tertanya-tanya kenapa Shah (nama yang aku selalu panggil) jadi "GEDEM" atau dalam kamus dewan termaktup kata-kata "gedempol".... seakan aku tak caya sebab dulunya shah ni cute, kecik, dan sejuk mata memandang.... dan sekarang aku nengok.... bukan lagi sejuk mata memandang... tapi membeku beb....
Alahai shah.... pe pe pun aku doakan ko tercapailah hajat dan maksud nak kahwin bulan satu tahun depan..... semoga jodoh kekal sampai dibawa ke syurga.... (kalau tak masuk neraka lah...... he he he sori aku melezer).....
Pasal cerita engko putus cinta dengan kekasih lama dulu aku hanya boleh nyatakan simpati sahaja dan bersabarlah shah..... Moga Allah beri engkau pengganti yang lebih baik dan membawa berkat pada keseluruhan kehidupan engkau kelak....

No comments: