Thursday, November 13, 2008

TUKUN KESAYANGAN


"eh ko tak pernah basuh ke moto ko ni"
-"Tak"
"Naper?"
-" ah biarlah"
"Ko tak sayang moto kau ni ke?"
-"sayang!"
"berapa lama ko tak basuh moto ko ni?"
-"bertahun..."
"?????"
Inilah antara dialog aku dengan Wan Mohamad Helmi, (yang aku panggil Wan) tatkala sampai waktu kehairanan kenapa moto kepunyaan dia ini sampai berkerak dan berkuping-kuping dengan serdak-serdak lumpur. Pertanyaan aku tak sedikit pun meninggalkan bekas dihatinya untuk cuba mempolishkan balik motonya itu sampai "mati cat" bak kata azam (kawan lowyer, kawan aku ngan wan jugak) sambil memandang takjub atas kesangguppan wan melayan moto kesayangannya itu.
Dialog di atas rasanya telah hampir dua tahun berlalu dan gambar ini aku snap curik-curik kat mahkamah.... pun masih dalam keadaan "Original" berlumpur dan berkeladak...
"Inilah satu-satunya harta yang paling bernilai pada aku Az, selain PS2 yang baru aku beli tu" kata Wan pada aku pada suatu saat hari yang sangat bening.....
Pening aku seketika bila tiba-tiba wan melontarkan Pernyataan Tuntutan yang mana aku tiada apa-apa Pernyataan Pembelaan untuk dia. Aku pun cuba menginterpritasikan kata-katanya itu dan aku dapat katakan di sini bahawa si wan ini cuba untuk:-
1. bagitau aku dia ada harta.
2.harta dia yang bernilai cuma moto dan ps2.
3.dalam dua-dua benda ini dia tak pernah ofer aku cuba bawak dan ajak aku main ps2 dia disebabkan sayangnya dia pada benda duniawi ini.
4.dia cuba bagi hint kat aku, "ko jangan cuba-cuba nak pinjam ok!!!!!!!"
Pepepun dalam entry ni aku cumer nak komersialkan moto dia jer mana tau ada pembida barang antik nak beli dengan harga tinggi, boleh ler wan buat muka beli keter.... he he he

No comments: