Tiba-tiba Rizalman mengesat air mata sambil menoleh ke arah saya. Saya agak terkejut dengan reaksi Rizalman ini. Setahu saya memang Rizalman tak pernah menangis dihadapan orang walaupun di depan saya memang tidak pernah. Rizalman yang saya kenal masa kecil dulu sehingga sekarang memang seorang yang keras hati, tidak boleh mengalah bahkan dia seorang yang sukakan cabaran. Kata lah apa saja, pasti dia menyahut cabaran. Disebabkan itu jugalah dia tetap bertahan dengan kerjanya sebagai agent insuran. Mana-mana pun dia sanggup pergi. Dengan siapa pun dia sanggup bersemuka. Tapi pada hari ini Rizalman menangis pula....
"Tidak siapa yang faham perasaan aku harry.... aku pernah jatuh cinta beberapa kali..... dan setiap kali itu lah gagal... jadi masa aku tengok Linda kawin, hati aku yang sebak. Sepatutnya aku yang duduk kat pelamin itu bersama Fiz, bukan Linda.... bukan Sharif....."
Esak tangis Rizalman makin menjadi. Tersengut-sengut bahunya menahan sendu. Habis basah baju merah yang dia pakai itu. Lengan baju dibuat pengesat air mata sekejap kiri, sekejap kanan. Saya hanya diam. Fiz yang dimaksudkan itu memang saya tahu kekasih hati dia. Saya tidaklah pernah berjumpa dengan Fiz, tapi setiap kali Rizalman bertemu dengan saya cerita fasal Fiz itu lah yang menjadi topik bualan.
Menurut Rizalman, Fiz ini orang Kelantan. Pernah menjadi budak junior kat tempat kilang tempat dia berkerja dulu... Lama jugak dia berkenalan dan berkawan malah berkasih-kasihan dengan Fiz ini. Pernah Rizalman bawa Fiz berkelah, makan durian tepi jalan, membeli belah, bahkan pernah juga bergaduh bermasam muka. Bila dah bermasam muka, saya lah tempat dia mengadu. Tapi tak lama, sehari dua Rizalman talipon saya semula mengatakan dia sedang makan Mcd dengan Fiz kat Puchong. Bagitulah kehidupan Rizalman dengan kekasih hati dia Fiz ini. Selepas sekian lama saya mendapat tahu Fiz bernikah dengan orang lain. Rizalman masih juga saya lihat macam biasa ajer. Tidaklah saya bertanyakan lebih lanjut berkenaan perasaan dia pada Fiz tatkala Fiz mendirikan rumahtangga. Bila kerap kali saya bertemu, Rizalman tidak lagi pernah bercerita berkenaan Fiz ini.
Lain pula kalau diceritakan oleh Rahimi dan Sepol pada saya pasal Rizalman tatkala putus cinta dulu. Rahimi dengan Sepol adalah kawan Rizalman juga yang tinggal menetap di Bangi. Saya kerap juga ke Bangi kalau ada hal mesyuarat penting, tak pun kursus ke Kajang, atau di Kuala Lumpur. Memang saya mencuri masa pergi ke rumah mereka. Mereka memberitahu saya mereka pernah nampak Rizalman menangis "LURUT TIANG" pada tiang lampu kat DBKL depan KWSP Kuala Lumpur. Pada masa itu jam lebih kurang pukul 2.30 pagi. Tapi mereka tidaklah berani menghampiri Rizalman kerana bimbang juga tersalah orang. Tapi dalam cahaya lampu itu memang rasanya memang Rizalman kalau melihat rambutnya... kata Rahimi dan Sepol pulak terdengar sayup-sayup hujung suara seolah-olah bunyi "bencilahhhhhhh". Aku faham bila sepol berkata "bencilah" itu bukanlah bermaksud dia bencikan Rizalman tetapi bencikan semua benda-benda yang boleh menyebabkan kesedihan. Tambah lagi kesedihan yang menimpa Rizalman yang dilihatnya sendiri Rizalman menangis hingga "LURUT TIANG" lampu kat DBKL itu.
Sampai sahaja kami di pekan kecil Paka, atas sedikit daripada Kertih itu kira-kira 20KM lagi, Rizalman mula bersuara semula... "Aku ikhlas apa yang telah berlaku pada aku bahkan aku ikhlas Fiz dah jadi milik orang. Aku cuma mengharapkan agar suatu hari nanti aku juga dapat mengecapi kebahagian seperti orang lain"... Rizalman berkata dengan nada yang bersahaja. Senyumnya pada aku sambil menoleh itu seolah-olah macam dibuat sahaja. Saya masih lagi ragu-ragu hendak bersuara. Saya rasa biarlah dulu dia meluahkan perasaannya selama ini terpendam. Saya sedia mendengarnya sekiranya Rizalman masih mahu meluahkan keberdukaan hatinya selama ini.
Tiba-tiba kereta Iswara yang dipandu oleh Rizalman itu bergoncang. Pada mulanya saya sangka kereta itu melanggar line-line kuning dekat simpang lampu isyarat, tapi semakin lama semakin kuat. Hinggakan badan saya merasakan seperti terhenjut-henjut. Tiba-tiba.......... (korang sambung sendiri.... kah kah kah)......
No comments:
Post a Comment