Sunday, June 7, 2009

RIZAL YANG MANA?


Rizal yang mana ni???? inilah dilema yang terpaksa aku hadapi sejak memulakan tugas yang dimanahkan di Negeri Johor ini. Oleh yang demikian secara tidak langsung aku dikenali sebagai Rizal BBG.... di mana gelaran ini begitu sinifikasi bila disandarkan kepada Jabatan tempat aku bertugas.

Kalau sewaktu bersekolah menengah dulu, kawan-kawan dan guru-guru sekolah dapat membezakan beberapa Rizal yang wujud iaitu ada di antaranya memanggil Azhar Anuar, Azhar Hassan, dan aku Azhar Rizal (yang sebenarnya namaku Azharizal).

Tapi bila aku ditingkatkan lima, geng-geng aku menciptakan namaku sebagai Harry dan sejak itulah nama Harry sebagai nama rasmi di kalangan teman-teman sekolah. Nama Harry jugalah digunakan sehingga aku di Kolej Islam, UKM dan bila berhadapan dengan orang ramai.

Tetapi apabila aku memulakan tugas pada tahun 2002, aku tidak lagi betah menggunakan nama harry, sebaliknya aku menggunakan nama Rizal, sebagaimana nama Rizal ini adalah nama rasmi yang digunakan oleh orang tua aku dan saudara mara. Walaubagaimanapun, aku merasakan adalah lebih mesra rasanya bila orang memanggil aku harry, atau erie, atau ari. Sampaikan mak mentua aku pun panggil aku harry. he he he he....

Akibat daripada itu telah timbul beberapa masalah yang jelas pada nama Rizal pada ketika ini kerana di Jabatan lain yang selalu aku berurusan ada juga nama Rizal, rakan sekerja pertingkat sektor swasta juga bernama Rizal dan lain-lain client, atau pelanggan yang bernama Rizal.

Pada hari ini 8.6.2009, tiba-tiba seorang perempuan menerpa dan menerjah aku yang sedang menikmati sepinggan nasi goreng dengan sambal udang petai. Bagai nak tersedak aku bila dia dengan selamba perkenalkan diri sebagai shuadah. "saya Shuadah yang En. Rizal nak jumpa tu di sini pada hari ini". Terbengong aku seketika dan otak aku mula ligat berfikir bila masa aku jumpa minah ni? Bila aku buat apppointment yang aku sendiri tak ingat? Yang aku betul-betul tunggu untuk appointment pada hari tu adalah dengan client orang Perak, bernama Mohd Azrul. Itu pun di tingakat 4 untuk baca wakalah.

"Ni saya bawa semua dokumen yang En. Rizal nak tu dan semua repot polis. Suami saya dah tinggalkan saya pada 3.2.2009 sehingga sekarang. Dia Tinggal di Greek Perak dan sampai sekarang saya tak tahu dia di mana sebenarnya"..

Perempuan ini mengomel lancar sambil tersenyum memandang ke arah aku. Hati aku masih sangsi melihat perempuan ini masih tersenyum pada aku, dan dia terus menyerigai sambil ternampak dua batang gigi palsunya yang di hadapan. "Rasanya aku tak ada jumpa perempuan bergigi palsu ni sebelum ni" hatiku berdetik lagi. "Tapi tak tahulah kalau-kalau aku pernah terbuat janji dengan dia di mana-mana" hatiku memujuk diri sendiri. Tambahan pula aku mahu menjaga nama baik nama aku sebagai kakitangan kerajaan, demi nama baik Jabatan aku (BBG) dan slogan baru yang dicanangkan iaitu "rakyat diutamakan" jadi, aku pun mulakan tugas rasmi untuk memberi penerangan dan penjelasan lanjut sambil mulut aku penuh dengan butir-butir nasi goreng itu.

"Puan boleh ke pejabat saya sekarang dan kita akan mengambil tindakan lanjut apabila kita di pejabat nanti" kata saya mengakhiri perbualan dan perempuan itu mengangguk sambil tersenyum lagi. Mata aku menyorot ke arah perempuan itu berlalu keluar dan masuk di dalam lif dan otak aku masih berfikir "Siapa perempuan itu sebenarnya?"

Tiba-Tiba seorang rakan sejawatan aku di sektor swasta datang menerpa ke arah aku sambil bertanyakan pasal perempuan itu. aku memberitahu dia adalah shuadah dan dia seorang guru sekolah. "woiiii itu client aku lah, aku ada appointment dengan dia kat sini"..... kata kawan aku ini yang juga bernama RIZAL.

Chess... puih..... aku mula sedar keadaan sebenar. Perempuan itu tersalah orang wokeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy..... buang masa ajer aku melayan perempuan itu dan Rizal kawan aku hanya tergelak besar...... BENCIIIIIIIIII LAHHHHHHHH.......














No comments: