Selepas sahaja solat maghrib semalam, terus saja saya bersiap-siap untuk ke Perhentian Bas Larkin. Saya menjeling sebentar pada kalender tarikh haribulan pada jumaat ini yang menunjukkan angka 5. Saya menoleh sekali lagi bagi memastikan kalendar yang saya lihat itu memang tahun 2009. Kerana saya memang telah lekatkan kalender tahun lepas disebelah kalendar tahun ini. Memang saya tidak pernah buang kalender yang dah dilekatkan di dinding itu kerana mudah bagi saya menyemak jadual-jadual aktiviti yang lepas. Senanglah saya tanpa membuka dairi lagi.
Minggu ini adalah sedikit kelapangan untuk pulang ke tempat isteri di Bandar Pusat, Jengka Pahang. Jika sebelumnya saya ke Terengganu, minggu sebelumnya lagi saya di Keratong, dan minggu sebelumnya saya di Cherating, Kuantan Pahang dan minggu sebelumnya lagi saya di Bangi. Dan sebelum di Bangi itulah saya di Kuala Lipis Pahang untuk sama-sama memeriahkan walimah Inah dengan Walid. Begitulah rutin kehidupan saya. Jika orang tak tahu memanglah saya dituduhnya tidak menghiraukan anak bini. Pernah juga bimbang bersarang dihati bila terkenangkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku pada isteri saya pada masa saya tiada, tetapi saya kuatkan juga semangat dan menyerahkan segala urusan hidup ini pada Allah S.W.T.
Pada ketika ini lah juga saya teringatkan nasihat Pak Min sewaktu saya berjumpa dengan dia di Masjid Larkin semasa menunggu solat Isya' tahun lepas, semasa bulan puasa. "Yang baik dari Allah, yang buruk pun dari Allah, semua Dia tahu. Tugas hambanya adalah usaha dan tawakal". Saya cuma menganggukan kepala sahaja sambil tersenyum leret. Sebenarnya saya tidaklah kenal pun dengan Pak Min ini, cuma kenal-kenal gitu ajer bila sama-sama jemaah di Masjid. Tidaklah pula saya tahu di mana dia tinggal. Cuma saya mengagak mungkin dia tinggal dalam kariah Larkin lah sebab selalu saya nampak dia solat berjemaah di Masjid Larkin. Jika saya menunaikan solat di Masjid itu, kadang-kadang bila tercium bau harum seakan bau bunga melati, tahulah saya Pak Min turut serta dalam jemaah ketika itu. Jika saya tidak terbau bunga melati, memanglah saya perasaan Pak Min tidak ada di Masjid. Bahkan sekiranya saya dibilik air di masjid itu, masih juga saya boleh terhidu wanginya bau bunga melati Pak Min. Pernah juga ingin saya bertanya minyak attar apa yang Pak Min pakai, tetapi tidak pula tergamak saya bertanya memandangkan menjadi kebiasaan orang akan berwangian kalau ke masjid. Jadi saya pendamkanlah hasrat saya itu sampai hari ini.
Setelah saya menghidupkan enjen kereta, saya bertanyakan pada Shamsul samada mahu ikut atau tidak. Kerana semalam ada juga Shamsul berkata pada saya yang dia nak membeli tiket ke Kuala Lumpur hari Jumaat ini. Shamsul budak Ipoh ini baru sahaja menamatkan pengajian di UMP (Universiti Malaysia Pahang) dalam bidang kejuruteraan. Shamsul adalah housemate saya satu-satunya bila hampir 6 bulan saya tinggal sendirian dibilik sewa di Johor Bahru ini. Adalah juga tempat saya bersembang, adalah juga saya boleh bergelak ketawa dan bergurau. Tetapi apabila Shamsul diam sahaja, terus saya masuk dalam kereta dan menuju ke Perhentian Bas Larkin sendirian.
Dalam masa perjalanan yang tak sampai 10 minit ini barulah saya teringat yang saya dah tak ada langsung duit tunai di dalam dompet duit. Kosong. Kali terakhir sebanyak RM3 dan telah pun saya belanjakan membeli buah nenas 2 potong dan air kotak di Masjid Abu Bakar tengahari tadi. Oleh itu bila setibanya di Perhentian Bas Larkin, saya terus menuju ke Mesin ATM dan mengeluarkan duit tunai yang saya kira cukuplah untuk belanja seminggu dua ini. Saya mengeluarkan agak banyak juga memandangkan saya mahu membayar sewaan bilik bulan ini pada Shila. Selalunya sehari selepas gaji saya akan terus menyelesaikan bayaran sewaan bilik, tetapi kali ini saya sendiri rasakan terlalu lewat. Saya bercadang untuk berjumpa Shila selepas balik dari membeli tiket bas untuk ke Jengka nanti.
Saya terus menuju ke kaunter 34 sebab di situlah biasanya saya membeli tiket bas untuk ke Bandar Pusat Jengka. Tidaklah saya tahu harga tiket itu sebelum ini, tetapi setelah menjadi kewajipan saya untuk pulang ke Jengka, tahulah saya harganya RM40. Puas saya memerhatikan papan tanda di cermin hadapan kaunter tersebut yang biasalah tertampal jadual destinasi. Tetapi tidak ada di situ lagi. Saya berulang-ulang menoleh dan memang saya yakin tidak ada tertulis di situ "KUALA TAHAN" seperti biasanya. Mulanya saya rasa seperti tersilap kerana pemandangan mata saya di kaunter tersebut bukanlah seperti sebelumnya. Bahkan juga saya rasa seperti saya berada di tempat baru lagaknya. Mujurlah gerai menjual jeruk di tengah-tengah laluan utama masih ada. Disebabkan itulah juga saya yakin kaunter tersebut itulah yang menjual tiket ke Bandar Pusat Jengka sebelum ini. Saya cuba menjeling budak perempuan yang ada di dalam kaunter 34 tersebut dan memanglah itu orangnya yang menjaga kaunter sebelum ini. Walaupun begitu tidaklah lagi saya yakin untuk bertanya memandangkan tiba-tiba ramai orang berbaris di hadapan kaunter tersebut.
Saya pun pergilah ke kaunter tiket yang saya lihat jelas menunjukkan perkataan Pahang. Kaunter ini berhadapan sikit dengan tangga lift atau tangga bergerak. Di situ saya terlihat perempuan muda berbaju coklat, dan terus menyapa saya bertanyakan hendak ke mana. Saya segeralah memberitahu Bandar Pusat Jengka, pukul 11.00 malam, 5.6.2009. Dengan bersahaja perempuan itu memberi tahu tidak ada. Saya terkejut dengan jawapan perempuan itu dan saya bertanyakan lebih lanjut tentang bas Ekpress Kuala Tahan yang sudah biasa saya naiki. Perempuan itu sambil merenung saya dan memberitahu bahawa bas tersebut telah ditamatkan perkhidmatan sebab tidak dapat sambutan. "kalau nak ke Temerloh ada lah" katanya. "Pukul 11.00 pagi sekali jalan, pukul 11.00 malam sekali jalan.
Saya bertanyakan sekali lagi tentang bas Ekspress Kuala Tahan untuk mendapatkan kepastian dan saya tidak lagi endahkan hal nak ke Temerloh seperti yang dia cakap. Namun barulah jelas pada saya yang hakikatnya kini perkhidmatan Bas Ekspress Kuala Tahan telah ditamatkan perkhidmatan setelah perempuan itu menjelaskan pada saya sekali lagi sambil riak wajahnya juga seolah-olah simpati pada saya.
Ketika inilah saya mengalami perasaan buntu. Akal seperti tidak boleh berfikir dan semua soalan kenapa? kenapa? kenapa? kenapa? menerjah di dalam otak fikiran. Bagaimana saya hendak ke Jengka? Walaupun isteri saya mencadangkan pergi ke Temerloh dahulu di mana sampainya di sana lebih kurang jam 5.00 pagi dan isteri saya sedia mengambil saya di situ. Tetapi tidaklah saya setuju dengan cadangan itu memandangkan dia terpaksa memandu pada akhir malam pukul 3.30pagi atau pukul 4.00 pagi untuk mengambil saya di Temerloh daripada Bandar Pusat Jengka. Sedangkan memandu pada waktu siang pun banyak kemungkinan geruhnya apatahlagi waktu santak malam. Tambah pula sedang berbadan dua. Kecut hati saya bila kenangkan sekiranya perkara ini terjadi pada minggu ini.
Pada ketika inilah saya merasakan diri begitu kerdil sekali bila berhadapan dengan Penguasa Takdir. Tidaklah saya menyesal, dan tidaklah saya merungut dan memang tiada perasaan marah dengan takdir yang menimpa pada saya. Cuma saya merasakan diri hilang pertimbangan antara "bangkit dengan sabar mahupun menangis putus asa". Kedua-dua perasaan ini silih berganti. Pada ketika inilah saya teringatkan Pak Min, walaupun sudah lama tidak bertemu dengannya dan tidak lagi dapat menghidu bau bungai melati..... tapi harum nasihatnya tetap segar mewangi... begitu lah dengan Bas Ekspress Kuala Tahan....... sedangkan segala ciptaan Allah akan kembali kepadaNya, inikan pula hanya sebuah Bas Ekspress..... Akhirnya saya menerima hakikat......BAHAWA SAYA TIADA LAGI TEMPAT MENUMPANG balik ke Jengka............. huuuwaaaaa!!!

No comments:
Post a Comment