Sunday, May 24, 2009

MENDUGA NASIB


Pada malam 23hb Mei 2009, aku, Rizalman, Rahimi, Sepol, Fendi dan Min duduk lepak kat halaman rumah di Kampung. Memanglah, kalau ketika kami berkumpul, akan timbullah isu-isu meluahkan perasaan akan berlaku.... terutamanya kisah-kisah 'sentap', kisah-kisah hikayat seribu satu malam, dan tak lupa juga soal-soal hati dan perjalanan hidup yang dilalui.

Oleh kerana aku sebagai orang yang "pakar" menilai "prediction human behavior acoding to spread leaf"..... (he he he he korang percaya ke????) aku pun menyediakan lima keratan daun untuk setiap seorang melambungkan daun tersebut bagi mentafsirkan kesan corak daun-daun tersebut setelah dicampak. he he he..... inilah keputusannya......

1. FENDI

Dalam menguruskan keputusan di dalam hidup, corak yang ditunjukkan oleh keratan daun itu menunjukkan Fendi adalah seorang yang lurus, mempunyai tujuan dan lebih mengikut perasaan daripada pertimbangan akal..... dan akhirnya akan mati bunuh diri!!!!! kah kah kah....

2. SEPOL

Hidup dalam keadaan kecelaruan dan bersimpang siur.... Walaubagaimanapun tabah menghadapi segala dugaan.......

3. MIN

Sentiasa tidak ada pendoman, tidak tentu arah, bahkan sentiasa hanya mengharapkan peluang dan bantuan.... (jangan marahhhhhhhhh....)

4. RIZALMAN

Selalu membuat keputusan terburu-buru.... 'over protection'...sentiasa ada buah fikiran walaupun yang bukan-bukan.... tapi malas nak mencuba.... Tapi elemen yang baik adalah dia ni boleh buat jika terdesak sangat-sangat dan jika ada pihak lain yang membantu dan memaksa.... (ko jangan plak amik hati..... kah kah kah kah)

5. Rahimi

Perjalanan hidup yang membosankan..... seperti ular sawa yang bergerak lambat dan perlahan.... hanya menunggu peluang seperti ular sawa yang sedang tunggu ayam melintas depan mata.... kalau ada ayam lalu depan mata, dia terus ngap... tak kira 'ayam' siapa yang punyer....... he he he class tak statement aku? dalam erti kata yang lain, dia ni ada elemen awet muda..... lambat tua..... dan serba serbilah awet muda!

Begitulah hasil perbincangan aku dan kawan-kawan... walaupun majoritinya tak setuju dengan tafsiran aku... tapi aku tahu....korang TERKESAN dengan kata-kata aku kan?????? TERKESAN WOKEYYYYYYYYYYYYY........

No comments: