Monday, May 25, 2009

TAMAR JALIS

Dulu....masa aku kecik-kecik dalam darjah dua atau tiga, aku memang dah baca kisah seram Tamar Jalis nih... waktu itu ceritanya di dalam majalah viasari kalau tak silap aku lah.... tapi masa tu aku cuma curik-curik baca makcik aku punya majalah viasari tu..... memang masa tu aku terkesan betul dengan cerita-cerita pengalaman tamar jalis.... tapi untuk aku membelinya mintak maap la tuan-tuan.... duit poket belanja sekolah rendah pun abah bagi 20 sen ajer sehari.... mana ada duit masa tu....

Selepas itu masa aku meningkat remaja... ada jugak kadang-kadang aku terbaca majalah tu lagi dan ada lagi cerita tamar jalis tu.... dan pada aku selepas SPM, masa aku masuk kelas menaip dulu, seminggu 2 kali aku ke Segamat naik bas...dan masa itulah aku nampak buku-buku Tamar Jalis nih kat bus stand Segamat. Masa ini diorang dah kompilasikan... jadi dengan duit tambang yang abah bagi lebih kurang RM 15 untuk seminggu tu... aku gunakan beli buku Tamar Jalis ni secara senyap-senyap. Memang Abah aku tu tak suka kalau beli majalah dan buku yang bukan-bukan ni... cukup pantang dia.... jadi.... masa tu aku skip duit makan tengahari.... he he he... memang aku sanggup berlapar nih kerana Tamar Jalis..... jadi duit abah bagi tu cukup-cukup tambang bas MARA dari Keratong 9 ke Segamat pergi balik untuk 2 kali seminggu.

Tapi memang sebenarnya aku ni suka membaca.... kadang-kadang buku yang aku baru beli tu dah habis baca dalam bas sepanjang perjalanan balik rumah..... dan memang aku tak sabar-sabar tunggu dana baru (he he he duit abah bagi untuk tambang bas) untuk minggu depan punya kelas menaip sebab nak beli buku Tamar Jalis episod yang lain pulak.... kadang-kadang tu aku mengetap gigi sambil berdoa moga-moga tak ada orang yang beli buku tu sambil merenung buku-buku Tamar Jalis yang tersusun kat rak kat gerai kat bus stand tu...... he he he tapi kadang-kadang hampa jugak lah sebab bila dah dapat duit... buku tu pulak dah dijual pada orang lain......

Selain tu... aku aku beli jugak buku-buku seram Tok Awang Ngah.... ni macam cerita Tamar Jalis jugaklah.... kalau buku Tamar Jalis dah habis dijual.... dan banyak lagi koleksi cerita seram yang lain... Sedar tak sedar buku-buku tu terkumpul sikit-sikit walaupun tak lengkap sirinya.... aku aku tetap sayang buku-buku tu....

Yang aku sakit hati nih bila ada sorang kawan aku tu datang umah, nampak buku aku terus dia nak pinjam... aku pun berat hati bagilah pinjam sedangkan aku tahu dia ni jenis "BORROW N GONE" punyer.... dan sebagaimana aku dah jangka awal-awal memang dia tak pulangkan... bila aku tanya dia kata "eh... aku dah poskan buku tu pada kau... kau tak dapat ke?" sentap ajer aku dengar penjelasan selogik itu tapi aku malaslah nak bertegang urat dengan budak nih.... tapi dalam hati memang ko dah kena sumpah seranah aku.... he he he.... (sori ek pada kawan aku tu..... )

Itu cerita pada tahun 1995 dulu lah dan selepas itu aku dah tak jumpa lagi buku tu dan aku pun pada masa ini sibuk dengan kitab-kitab dab buku-buku kuliah pulak..... Tapi bila aku bertugas kat Johor Bahru pada awal tahun 2007, aku terserempak semula dengan buku-buku kompilasi Tamar Jalis yang di kecikcomelkan lantas aku pun beli.... buku-buku tu pulak dijual macam jual buka terpakai yang dipackingkan 2 buah RM3.50.... kat tempat rehat bas Machap....

tapi seperti biasalah... belum sempat aku kumpulkan koleksinya...buku-buku tu dah habis jual.... eiiiiiiiiiiiiiiiiiiii geram betul aku tau....... dan sepanjang aku mengulang baca buku ini.... aku semakin sedar bahawa salah satu impian emas aku di dalam hidup ini adalah ingin berjumpa dengan TAMAR JALIS...... Wahai Tamar, mahukah engkau berjumpa dengan diriku peminat setiamu ini???????????????

No comments: